Sunday, January 3, 2010

PERUBAHAN TERKINI :)

salam ,


perubahan terkini utk majlis kenduri kak nor ,


  • 13 feb - malam nye kita akan ada kan tahlil beramai ramai .
  •  14 feb - kenduri akan diadakan pda sebelah siang. akad nikah pula pada pukul 10 pagi.
  • 15 feb - ke majlis kenduri pihak lelaki.
catatan dari yenna :)

new year event :DD

salam , :)
utk tahun baru.semua ahli keluarga tlh brkumpul di pantai bagan lalang.except famly pakngah n ade csn2 yg ta dpt mghadir kan diri (issh3 rugi taw) :P berkumpul pada ptg jumaat.1 januari o9.famly yg ckup ade , paklong , paknjang , n pak ude jeh. hehehe.yg len ade s
ikit2 lah tercicir.

so ptg tuh stat pasang2 khemah mane yg smpi dulu, then mlm ade byk acara.makan2 lah yg plg besar besaran.coz masing2 klaparan kot.haha :D .


acara makan makan.:D


bakar membakar.hehe :D


motong motong kek :) clebrate bday akun n makndak :)


mase ney tga ujan.sume bekumpul dlm satu tmpat.ahaha :d syokkk jeh :)

keesokan pagi, subuh2 agi dah nyelam dlm laut.haha.syok gile.best jeh mandi ramai2.



then pas makan2 mandi2.lepak lepak hilang kan penat.sume terbaring tdo jeh.haha.paklong bwk lunch ber bungkus2.ktrg mkn dgn lahap nye :DD
after makan sume.terus pack na balek uma masing2.smbil2 tuh gurau snda n gelak taw.mmg riuh laaa :D hehe.




b4 balek pn.ade meeting lagi.hehe.ktrg gerak balek esok nya pada 2 januari o9 pada ptg sabtu :)
best sgat2 lahh ! :D

akan berkumpul semula semua pada bulan feb 10. aminnn ~ :D


bingkisan dari yenna :)



Sunday, October 4, 2009

Lomang Paneh

wassup y'all?
haha..lama bebenor tak update yang kampungnye blog..
so,this is nenna.

Selamat Hari Raya warga kg saya ucapkan pada semua !

Raya kt kampung masa raya first and second agak sunyi sebab majoriti raya di rumah mentua dahulu. Jadi memang terasa sunyinye.

Menjelang raya kedua, ketiga dan keempat, yeee....semua balik.Memang best dengan kanak-kanak yang bermain kesana kemari. Makcik2 yang berbual sambil memotong sayur di dapur dan anak2 dara yang menolong. Pakcik2 yang tidur dan berkaraoke di ruang tamu( haha agak moden jugak la kampung atokuwan nih).

Bila duk kampung ni, fikiran rasa tenang je. Tak payah nak pikir jemur baju, kemas bilik, buat kerja sekolah( oh, kantoi) , basuh kasut dan macam2 lagi. Kadang-kadang tu rasa macam tak nak balik rumah je. Nak duduk kampung! Tapi mana boleh, itu bererti kita lari dari tanggungjawab. Tanggungjawab pergi sekolah, belajar ,kerja, kemas rumah, basuh kasut. Kita kena berpijak di atas bumi yang nyata ini. Duk di kampung hanyalah untul penenang minda sementara. Sebab itu kalau orang tension atau stress dengan kerja, diorang balik kampung. Sebab kampung ni mempunyai empat unsur yang menenangkan iaitu air (sungai or laut), angin (dr sawah padi or bukit ke), cahaya ( keterangan) dan tanah . Kadang-kadang duduk di bandar atau taman jarang ada empat unsur ni sekali gus. Itulah keistimewaannya kampung! Fun !

Okeylah, dah salah masuk simpang tadi. Jadi sekarang kita buat U-turn dan masuk simpang cerita raya.

Sempatlah jugak amik gambar sikit2..

ni haa..
ha itu dia bakar lomang. Sodap bobonar..

lain2 gambar family dekat kamera sedara..isshh lupa lak nk copy dr diorang.

Seorang blogger kena ada kamera sendiri . Ye betul tu!

Tahun ni jalan-jalan raya (bukan highway ye, jalan beraya pergi ke rumah orang) adelah dalam 3,4,5 buah rumah. Rumah yang biasa kita kunjungi dari tahun ke tahun. Kita pun dah selesa dengan diorang. Contohnya rumah wan cik. Every year, mseti datang. Setiap keluarga mesti datang ke rumah wan cik . Wan cik tu kalau tak silap adik arwah atuk. Dia je lah yang tinggal selepas atuk dan uwan meninggal. So, kitaorang sangatlah menjaga hati dia :)

oK! nnti ade papehal saya update lah lagi pasal kampung.
chow !
:)

Saturday, June 13, 2009

Sunday, May 10, 2009

Pemergian...

Pada tanggal 05/05/09 merupakan tarikh keramat buat kami sekeluarga 'kampung life' terutamanya buat keluarga Paklong kerana maklong kami telah meninggalkan kami semua dan pergi menghadap Maha Pencipta buat selama-lamanya.... bertemu lagi kita di syurga di sana..

Apa yang terjadi memang di luar dugaan kami. Semuanya berjalan dengan lancar saja sehinggalah kami terima berita dari paklong yang maklong di tahan di wad buat beberapa hari tu.Dah 3 hari maklong ditahan.kami buat keputusan untuk menjenguk maklong di Hospital kat Seremban pada hari Selasa.Petang itu kami lihat keadaan Maklong sangat lemah..Pada waktu itu,maklong dikelilingi beberapa orang pakar.Mereka kelihatan bertungkus-lumus dalam mengenal pasti penyakit yang dialami maklong.Tak putus-putus pakar datang untuk meninjau keadaan maklong dari semasa ke semasa.Terima kasih kepada pakar-pakar yang sangat prihatin dengan keadaan maklong.

Kami pulang selepas keadaan maklong semakin baik dan stabil....
Lewat malam tu, kami terima berita yang maklong sedang nazak.Along,bg.daus dan abg nol pergi hospital pada malam itu jugak.
Tak lama lepas tu,kami dikejutkan lagi dengan berita pemergian maklong.
InnaLillahi-Wa-Inna-Ilaihi Rajiun (To Allah We Belong And To Him We Shall Return)
Malam itu aku solat isyak dan berdoa agar roh maklong ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Dalam pukul 1.00 malam itu gerak balik ke kg.
lepas itu sampai kg dalam pukul 3 pagi.aku tengok kat atas jenazah dah ade kt atas serambi.aku terus menuju ke bilik kerana ngantuk yang teramat sgt.Mak bacakan yassin dulu bersama kak noor dan abg nizam.esok paginya,rumah mula dipenuhi dengan sedara mara belah maklong dari Melaka.aku sempat membacakan yassin buat maklong dalam beberapa kali.
banyak benda yang aku pelajari pada hari itu..cara buat kain kapan,memandikan jenazah..yang penting kita kenala rajin2 duduk dengan makcik2 yang uruskan semua itu..sebab kita adalah generasi yang seterusnya jadi kenala belajar sikit2..


jenazah nk dibawak ke tanah perkuburan untuk dikebumikan...

anak-anak maklong yang bersedia mengalihkan jenazah ibunya ke dalam liang lahad.....

-al-fatihah- buat arwah maklong...
we will miss you maklong...

ihsan dari nenna

Wednesday, January 28, 2009

Selamat Hari Lahir Mak Teh!






Sambutan kecil-kecilan pada jam 12.30 tgh malam pada 24 Jan. Hanya di kelilingi oleh mak-mak dan anak-anak.Tiada bapak-bapak.haha...

dari kiri:mak lang,mak teh,mak ude,kak pija
paling tinggi:nasrun@akun

49th

Motong kek..ewahhhh!


Semoga Mak Teh panjang umo, murah rezeki, dirahmati Allah S.W.T selalu.....aminnn

p/s: cepat-cepat dapat menantu Mak Teh....hahaha V(^-^)V

Accident!

Untuk perhatian sesape yang tidak mengetahui....

Pada 27 Jan 2009,(hari raye cine ke-2) waktu petang sebelum senja menjelma,
2 orang adik kite terlibat dalam satu kemalangan kecil. Dan ini mms yang dihantar Mak Ude kepada Kak Leen.


Mereka mengalami kecederaan ringan tetapi masih berada ditahap "terkejut". Apa-apa pun, yenna and nenna, semoga cepat sembuh, lebih berhati-hati lepas ni,ok..korang kuat!

Muahhhhhh! (^-^)V

Thursday, November 27, 2008

Kami rindu saat.......

kami rindu saat mengaji dengan atuk selepas sembahyang maghrib,

kami rindu saat 'senduk' nasi/hidang makanan time atuk nak makan,

kami rindu saat buat air teh untuk atuk minum pagi, petang dan malam,

kami rindu saat atuk jemput balik dari sekolah,

kami rindu saat atuk duduk kat beranda tunggu kami sampai,

kami rindu saat uwan masuk bilik tengah-tengah malam selimutkan kami ketika tidur,

kami rindu saat uwan cuba menakut-nakutkan kami ketika berjaga malam tak tidur-tidur,

kami rindu saat uwan masak kuih petang-petang,

kami rindu saat uwan temankan kami tunggu bas nak balik belajar,

kami rindu saat uwan tutup kipas dan bukak tingkap suruh kami bangun tidur,

kami rindu saat uwan berjoget-joget pujuk kami masa kami nangis,

kami rindu saat atuk buat lawak dan bercerita ketika duduk-duduk sambil hisap rokok,

kami rindu saat atuk pasang lukah dekat 'bonda',

kami rindu saat atuk balik dari beli barang kat 'Tikir'@ Bahau,

kami rindu saat atuk bagi duit belanja,

kami rindu saat uwan menjerit panggil balik petang-petang main kat rumah orang,

kami rindu saat uwan temankan kucing makan,

kami rindu saat uwan bawak kerusi malas keluar depan pintu untuk tidur,

kami rindu saat uwan 'libas' ayam yang suka memekak tengah-tengahari bute,

kami rindu saat uwan bangun jam 3 ke 4 pagi makan pastu basuh pinggan,(sori uwan,kiteorang memang malas dulu)

kami rindu saat-saat bersalaman peluk cium atuk & uwan,





kami rindu setiap saat, detik, waktu bernafas kami dengan arwah ATUK & UWAN......Al-Fatihah.

Wednesday, November 26, 2008

nasrun@akun main game...

haha...jeng jeng jenggg...(^_^)V


disebabkan tiada idea baru lagi muncul, ini je untuk bulan ini..diharap anda semua terhibur dan jangan lupe komen ye lepas tengok..hehe.tq.

Sunday, October 26, 2008

Balik kampung OKTOBER

Hari ini 26 OKTOBER 2008, jam 2 pagi..aku berada di kampung di hadapan laptop ude menghapdet blog ini..disini ade beberapa milestones nak berkongsi kepada sume org pasal balik kampung minggu ini...

1. Siang 25 OKT, pegi kenduri kawen anak Long Edah kt Pasoh 2...majoriti jemputan yang hadir adalah saudara-mara..tapi seperti biasa, kite x kenal orang...hehe

2. Nina masih sakit..malam ni makin lemah..suspecting 'ependiks'..esok nk bawak cek klinik.

3. Countdown besday UDE dekat ERA Bowling...sambil membaling bola boling...hehe

4. Esok celebrate besday Ude di kebun nya, planning wat picnic,bbq n potong kek kat sane...wahhh mesti best...(tidak ketinggalan AYONG yang menghapdet blog ni..hehe PEACE!!)

5. Ude beli mikrofon baru...yang bes nye dari dapor pun boleh nyanyi...wahhhhhh

6. Semua family ade kecuali Pak Long's n Pak Ngah's.

7. Sawah padi menguning cantik...indahnya kalau lah aku ade kamera DSLR ke...kan best..

Tu je kot wat mase ni..kalo sempat esok malam sambung lg..chow.

Friday, October 24, 2008

2 Tahun Berlalu...

SALAM.

ini adalah entry copy & paste dari blog kak leen sniri... sedikit dari full version of the real entry. lets see...

tarikh asal peristiwa ini is 22 Sept 2006.
tp akak update blog tu on 19 Sept 2008...

Friday, September 19, 2008.
2 tahun berlalu.


salam...

harus aku menaip kat sini kerana otak aku dah tepu. hehe. jari jemari pulak dah gatal2 tak tahu kenapa (padahal tahu... saje jek) lalu, dengan tak semena2nya, aku pun menghapdet blog ni dengan jayanya sbb cik baby aku tgh tdo dgn lenanya... yeyey.

hari ini, 2 tahun yang lepas adalah hari jumaat, sehari sebelum umat islam mula berpuasa, hari yang sgt2 menghibakan aku. masih. smpi sekarang. hari dimana salah satu orang2 yg aku sayang pergi meninggalkan aku dan semuanya...

haritu, masih segar dlm otak aku ni. bilamana, hari khamisnya semua family bergegas pulang setelah arwah minta dibaringkan dan dibawa naik ke atas... padahal, semasa sakitnya arwah, beliau tidak langsung mampu berbaring. tidur juga dlm duduknya... penyakit yg lambat dikesan, menyebabkan kami semua menerima berita buruk bahawa 'apa2' yg menular dalam tubuh arwah atuk aku berada ditahap yg tidak dpt dibuat apa2 lagi..

itulah kali pertama dibawa scanning, dan itulah berita pertama yg tidak langsung kami sangka2... maka bermulalah episode baru dlm hidup semua kami2 ini pulang setiap minggu semata2 mahu menghabiskan masa bersama arwah... yang kami tahu hanya bbrp bulan shj lagi...

kami tidak ralat. masa2 kami penuh bersama arwah. malah, semua sempat pulang dan bersama ketika nafas terakhir arwah dihembuskan... aku masih ingat, waktu subuh yg mengharukan itu.. pergi sudah arwah atuk kesayangan cucu2nya itu bersama dinginnya subuh..

aku masih ingat betapa pekat dan likatnya darah yg keluar dari mulut arwah... aku masih ingat menyapunya.. aku juga masih ingat dan tak sangka2 kerana wajah arwah kelihatan sgt basah dan muda... jernih sekali.. tak seperti wajahnya menahan sakit sepanjang waktu 'sakit'nya... merah, tua dan resah... aku tahu... arwah sgt sakit...

namun aku kotakan janji aku pada diri sendiri. yg aku tak mahu menangis di hari arwah pergi... itu sahaja yg mampu aku buat utk arwah dihari pemergiannya. aku redha... biarpun aku tak pernah lupa kepada liang lahad arwah dan melihat arwah diturunkan di hadapan mata...

dan peristiwa itu juga membawa kepada hijrahku yg bermula esok harinya... aku sangat2 bersyukur menjadi penonton utk hari itu...

utk arwah atuk yang alin sayang, semoga atuk sentiasa tenang disana...
alin sangat sayang atuk... =)

walaupun arwah pergi sebelum puasa, kami2 semua beraya dan terasa seperti arwah sentiasa ada dirumah... kami masih rasa hangatnya kehadiran arwah, walaupun suara dan jasad arwah tiada... kami mahu arwah gembira melihat kami =)

erm, sebab itu dalam Islam, kita digalakkan menziarahi org yg meninggal dunia. ia akan mendekatkan kita dengan Allah... itu sunat yg sgt dituntut.

hari ini juga, seorang lagi insan yg disayangi keluarga birasku pergi meninggalkan mereka... setelah sebulan di ICU...

more to read at blog akak tp dlm renovation.. later will share ok.

pay your visit here okay?
BLOG BALQIS

till next time =)

Wednesday, October 22, 2008

nuthing! by ayong (^_^)V

nuthing to say..aku mao balek kampung dis wik..hoye2x...

Monday, October 20, 2008

hoye...hoye... by ayong (^_^)

anyone....sesape yg ade gamba kenangan tu sile-sile la upload kat sini...ada cerita2 lawak keluarga ke, pangkah-memangkah ke, nasihat-menasihati ke, nak cerita perkembangan diri (pada mereka2 yang jarang pulang ke kampung tu kan..hurmmm terasa gak nie),hasil-hasil nukilan seni untuk dikritik sila-silakan.....mari kita riuhkan blog ini macam suasana di kampung...

"i'm still looking..looking..and looking."