Sunday, May 10, 2009

Pemergian...

Pada tanggal 05/05/09 merupakan tarikh keramat buat kami sekeluarga 'kampung life' terutamanya buat keluarga Paklong kerana maklong kami telah meninggalkan kami semua dan pergi menghadap Maha Pencipta buat selama-lamanya.... bertemu lagi kita di syurga di sana..

Apa yang terjadi memang di luar dugaan kami. Semuanya berjalan dengan lancar saja sehinggalah kami terima berita dari paklong yang maklong di tahan di wad buat beberapa hari tu.Dah 3 hari maklong ditahan.kami buat keputusan untuk menjenguk maklong di Hospital kat Seremban pada hari Selasa.Petang itu kami lihat keadaan Maklong sangat lemah..Pada waktu itu,maklong dikelilingi beberapa orang pakar.Mereka kelihatan bertungkus-lumus dalam mengenal pasti penyakit yang dialami maklong.Tak putus-putus pakar datang untuk meninjau keadaan maklong dari semasa ke semasa.Terima kasih kepada pakar-pakar yang sangat prihatin dengan keadaan maklong.

Kami pulang selepas keadaan maklong semakin baik dan stabil....
Lewat malam tu, kami terima berita yang maklong sedang nazak.Along,bg.daus dan abg nol pergi hospital pada malam itu jugak.
Tak lama lepas tu,kami dikejutkan lagi dengan berita pemergian maklong.
InnaLillahi-Wa-Inna-Ilaihi Rajiun (To Allah We Belong And To Him We Shall Return)
Malam itu aku solat isyak dan berdoa agar roh maklong ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Dalam pukul 1.00 malam itu gerak balik ke kg.
lepas itu sampai kg dalam pukul 3 pagi.aku tengok kat atas jenazah dah ade kt atas serambi.aku terus menuju ke bilik kerana ngantuk yang teramat sgt.Mak bacakan yassin dulu bersama kak noor dan abg nizam.esok paginya,rumah mula dipenuhi dengan sedara mara belah maklong dari Melaka.aku sempat membacakan yassin buat maklong dalam beberapa kali.
banyak benda yang aku pelajari pada hari itu..cara buat kain kapan,memandikan jenazah..yang penting kita kenala rajin2 duduk dengan makcik2 yang uruskan semua itu..sebab kita adalah generasi yang seterusnya jadi kenala belajar sikit2..


jenazah nk dibawak ke tanah perkuburan untuk dikebumikan...

anak-anak maklong yang bersedia mengalihkan jenazah ibunya ke dalam liang lahad.....

-al-fatihah- buat arwah maklong...
we will miss you maklong...

ihsan dari nenna