Sunday, October 4, 2009

Lomang Paneh

wassup y'all?
haha..lama bebenor tak update yang kampungnye blog..
so,this is nenna.

Selamat Hari Raya warga kg saya ucapkan pada semua !

Raya kt kampung masa raya first and second agak sunyi sebab majoriti raya di rumah mentua dahulu. Jadi memang terasa sunyinye.

Menjelang raya kedua, ketiga dan keempat, yeee....semua balik.Memang best dengan kanak-kanak yang bermain kesana kemari. Makcik2 yang berbual sambil memotong sayur di dapur dan anak2 dara yang menolong. Pakcik2 yang tidur dan berkaraoke di ruang tamu( haha agak moden jugak la kampung atokuwan nih).

Bila duk kampung ni, fikiran rasa tenang je. Tak payah nak pikir jemur baju, kemas bilik, buat kerja sekolah( oh, kantoi) , basuh kasut dan macam2 lagi. Kadang-kadang tu rasa macam tak nak balik rumah je. Nak duduk kampung! Tapi mana boleh, itu bererti kita lari dari tanggungjawab. Tanggungjawab pergi sekolah, belajar ,kerja, kemas rumah, basuh kasut. Kita kena berpijak di atas bumi yang nyata ini. Duk di kampung hanyalah untul penenang minda sementara. Sebab itu kalau orang tension atau stress dengan kerja, diorang balik kampung. Sebab kampung ni mempunyai empat unsur yang menenangkan iaitu air (sungai or laut), angin (dr sawah padi or bukit ke), cahaya ( keterangan) dan tanah . Kadang-kadang duduk di bandar atau taman jarang ada empat unsur ni sekali gus. Itulah keistimewaannya kampung! Fun !

Okeylah, dah salah masuk simpang tadi. Jadi sekarang kita buat U-turn dan masuk simpang cerita raya.

Sempatlah jugak amik gambar sikit2..

ni haa..
ha itu dia bakar lomang. Sodap bobonar..

lain2 gambar family dekat kamera sedara..isshh lupa lak nk copy dr diorang.

Seorang blogger kena ada kamera sendiri . Ye betul tu!

Tahun ni jalan-jalan raya (bukan highway ye, jalan beraya pergi ke rumah orang) adelah dalam 3,4,5 buah rumah. Rumah yang biasa kita kunjungi dari tahun ke tahun. Kita pun dah selesa dengan diorang. Contohnya rumah wan cik. Every year, mseti datang. Setiap keluarga mesti datang ke rumah wan cik . Wan cik tu kalau tak silap adik arwah atuk. Dia je lah yang tinggal selepas atuk dan uwan meninggal. So, kitaorang sangatlah menjaga hati dia :)

oK! nnti ade papehal saya update lah lagi pasal kampung.
chow !
:)

No comments: